Sejarah Islam pada Bulan Jumadil Akhir

 

Jamadil Akhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)

 

Jamadil Akhir atau Jumadilakhir atau jumadil tsani adalah bulan ke-6  dalam kalendar Islam (Takwim Hijrah). Jamadil Akhir adalah musim sejuk yang kedua, di mana bulan ini menandakan pengakhir musim dingin yang telah bermula sejak bulan Jamadilawal dan bakal berakhir pada bulan ini juga (Jamadilakhir). Bulan kedua musim sejuk ini merupakan musim kering dan beku yang lebih dingin daripada bulan sebelumnya.

Jamadil Akhir (Jamada al-Akhir) membawa pengertian pengakhiran musim sejuk dan dingin. Dari segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Akhir’ berertipengakhiran atau penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami akhir musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau kebekuan bekalan air. Pada ketika itu semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras)dan beku.

Pada penghujung musim ini, air yang pada mulanya membeku telah berakhir dan beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang sebahagiannya beku masih lagi terdapat merata di sana-sini yang menjadi suatu pemandangan biasa ketika itu.

Dalam bulan ini terdapat beberapa peristiwa penting. Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah:

.

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah  ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah..

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.

beberapa peristiwa lain adalah

  • 1 Jumadil Akhir: Awal turunnya wahyu
  • 3 Jumadil Akhir: Wafat Fatimah Az-Zahra, Putri Nabi saw.
  • 13 Jumadil Akhir: Wafat Fatimah binti Hazm (Ummul Banin)
  • 20 Jumadil Akhir: Wiladah Fatimah Az-Zahra (putri Nabi Muhammad saw.)
  • 21 Jumadil Akhir: Wafat Zainab binti Ali

Sebagai seorang muslim sepatutnya kita mempelajari kejadian penting yang terjadi pada bulan-bulan hjriyah. semoga kita dapat mengambil hikmah dari pengetahuan sejarah ini.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s